[URL=http://shw.renhanikouma.fotopages.com/13409154.html][IMG]http://srv.fotopages.com/4/13409154.jpg[/IMG][/URL]

By: Masliza Mat Daud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Thursday, 19-Apr-2007 10:30 Email | Share | | Bookmark
XPDC Mendaki Gunung Tebu

 
 
 
View all 93 photos...
..banyak lagi gambar2 yg aku lom uploadkan kat sini..
M.A.L.A.S..penyakit yg xder ubatnya..hehe
atau kalo nak baca blog..tengok2 gambar perjalanan yg lengkap add ler aku kat lam friendster korang..aku nyer multiply lak masih dalam penyelenggaraan..

BUAT KENGKAWAN SEMUA ANDA DIJEMPUT KE
http://renhanikouma.multiply.com
TQ


Thursday, 19-Apr-2007 09:57 Email | Share | | Bookmark
Bersantai di Gunung Bunga Buah

 
 
 
View all 43 photos...
17hb.Feb-18hb.Feb 07


Tuesday, 17-Apr-2007 07:53 Email | Share | | Bookmark
Jelawang Jungle Exploration-Mt.Ayam

 
 
 
View all 37 photos...
30hb. Jan 07 - 4hb.Feb.07


Tuesday, 12-Sep-2006 03:10 Email | Share | | Bookmark
XPDC Menawan Korbu-Gayong ( 29 ogos - 1 sept 2006)

 
Briefing sebelum memulakan pendakian
 
View all 145 photos...
MENDAKI ANAK MERDEKA 2006
GUNUNG KORBU (7162ft)
GUNUNG GAYONG (7129ft)
BANJARAN TITIWANGSA
29 OGOS – 1 SEPTEMBER 2006

HARI 1
29 0GOS 2006

Berkumpul depan Maybank KL selewat-lewatnya jam 7am.Ekspedisi pada kali ni melibatkan seramai 22 orang peserta terdiri daripada 7 peserta wanita dan 15 lelaki.Jam 7.30am kami mula bergerak menuju ke destinasi iaitu ulu kinta,Perak.Perjalanan dijangka mengambil masa selama 3 jam.

Kami tiba di Ulu Kinta kira-kira jam 11.30 am,agak lewat sebenarnya.Untuk ke kaki gunung kami dibawa menaiki 4WD dan disebabkan jumlah kami yang agak ramai jadi terpaksalah buat 2 trip.

‘Briefing’ disampaikan oleh saudara Mohd. Edham (Am) iaitu selaku mr.Guide kami untuk xpdc ni,dan juga saudara Ah Peng,sedikit ‘stretching’ dilakukan untuk meregangkan otot-otot sebelum memulakan perjalanan.Perjalanan hari ni akan mengambil masa selama 7 jam dengan kecuraman 45 °.

Finallly.....
1.30pm .....’ the journey is begin...’

Pelbagai insiden lucu,suka-duka mengiringi sepanjang perjalanan.Ada dikalangan peserta wanita membawa beg yang tidak sesuai untuk mendaki,terlalu kecil untuk mengisi keperluan sendiri ditambah lagi dengan ‘ration’ yang telah dibahagi-bahagikan untuk dibawa ke atas.Ada jugak yang terpaksa pinkan beg sebab ‘putus’...nasib baik bawak stok pin banyak..hehe.Bukan apa,beg yang sesuai adalah penting untuk menjamin keselesaan kita sepanjang pendakian disamping memberi sokongan pada belakang supaya taklah sakit badan nanti..yer tak..?heh..

Masa naik Gunung Nuang 2004 dulu,abang Kamal pernah menegur seorang peserta kerana membawa beg yang ‘kecil’ cam nak pergi asrama sekolah jer..hehe...dia kata “beg cenggini tak sesuai nak mendaki,cam pentingkan diri sendiri,takkan tak nak tolong bawak makanan kat atas kot,periuk ker,gas ker..apa-apa jerlah yang patut!”
Memang betul pun apa yg dia cakapkan tu.Bak kata pepatah ‘Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing’ hehe..biarpun realitinya peserta lelaki membawa ‘ration’ yg lebih berat dari kami...ihiikkk

Aku bukannya berpengalaman sangat pun dalam x-plorasi cenggini.Masih setahun jagung bak kata orang,tapi dalam sesetengah perkara.. ‘common sense’ ler beb..takkan nak masuk hutan cenggini pun nak bawak ‘full set bathroom’ kot..tuang jer syampu,mandian dll lam bekas kecik-kecik dahler..patut ler berat..rugi space wooo,wa cakap lu..hehe!

Bila dah tahu kita akan bermalam kat tempat yang takder sumber air,sepatutnya bawakler botol kosong xtra,sekurang-kurangnya untuk kegunaan sendiri,bagi aku ler setakat botol 1.5L tak cukup beb untuk 2 orang pakai,tu pun tak isi penuh..ada jugak yang bawak air 1 botol x 500ml tu jer..share 2 orang,astaghfirullahalazim...apa korang ingat ‘sunway lagoon’ kat puncak tu,pastu siap mintak air orang lain plak tu..aku cuma sampaikan ketakpuasan hati kawan aku yang sorang ni hah yang jadik mangsa..keke.Bukan apa pengajaran ler buat kita semua,sekurang-kurangnya jangan buat cenggini lagi orait.
Jangan ingat bila cuaca sejuk kita akan kurang dahaga,takder cenggitu punyer..kita kan keluarkan peluh so kita perlukan air bagi menggantikan air dari peluh yang kita keluarkan tu...lagi satu perkara yang aku tak faham segelintir orang ni,dah tahu masuk hutan,trekking malam..kenapa tak bawak ‘torch-light’?Lupa..?Mana boleh lupa benda penting cenggini.Takder..?kena ler beli beb..manaler tahu tetiba jer terpecah group dalam hutan ker apa ker...menda cenggini diluar jangkaan kita,1001 kemungkinan boleh terjadi..bukan apa ini akan menyukarkan pergerakan kita jugak.Sendiri makan pengat,sendiri mau ingat ler..hehe
....’common sense’ ler semua ni...btol tak geng?

Kami tiba di ‘Trek Balak’ kira-kira jam 9.00pm.Kami bermalam di sini.
Dinner kami pada malam ni ialah nasi putih berlaukkan sardin & ikan kering,sorilah sayur tak sempat masak..makan jerlah apa yang ada ekk.
Apa yang dapat disimpulkan,trek hari ni taklah teruk sangat.Terdapat 3 tempat yang memerlukan kita memanjat dan menurun menggunakan tali,melalui tebing tanah runtuh,menyusup di bawah pokok-pokok buluh yang jatuh menghalang trek,cuaca yang dingin dan sejuk.Hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan hingga ke malam...

Mungkin cabaran yang sebenarnya sedang menunggu kami pada hari esok,bakal menguji kekuatan mental dan fizikal kita semua...

Bersihkan diri.....ZZZzzzzzZZZZzz.....




HARI KEDUA
30 OGOS 2006



Seawal jam 6.15am aku dah bangun,bukannya bersemangat waja beb tapi mungkin ‘kebiasaan’..
Gosok gigi,cuci muka,solat subuh..
Pagi ni sarapan kami ialah Roti Gardenia bersama Tuna,baked bean & telur hancur.Nasik lemak ‘dipack’ buat lunch nanti..

Berkemas...jam 11.40am kami meninggalkan Trek Balak menuju ke Kem View(15 minit perjalanan).Sesi berkumpul dan bergambar.
Jam 12.30 tengah hari,rintik-rintik hujan pun turun serentak dengan permulaan langkah kami pada hari ni.
......maka cabaran hari kedua pun bermula...

Hari ni benar-benar menguji mental dan fizikal aku mahupun rakan-rakan lain.Menyusup di bawah batang balak mungkin kurang menjadi masalah bagi aku memandangkan aku spesies ‘kecik-molek’..hehe
Tapi apabila terpaksa memeluk batang-batang balak yang tumbang kat lereng-lereng gunung untuk sampai ke ‘last water point’ tu..tempat yang tak dapat aku lupakan ialah menyusup diantara dua batang balak besar..satu dibawah,satu di atasnya,2 pemeluk aku agaknya..mmmm.
Meniti batang balak yang licin juga agak menggerunkan memandangkan gaung yang menunggu di bawah sana..tapi semua tu harus ditempuh,itulah namanya cabaran,kan?

Lega rasanya apabila sampai di ‘last water point’..harap-harap tiada lagi cabaran sebegitu menunggu kami di atas nanti.
Berhenti seketika untuk makan tengah hari dan mengisi air selarat mana yang boleh bawak memandangkan tiada punca air di puncak nanti.Abang Kamal pesan suruh bawak air untuk kegunaan sendiri jekk.
... oh yer,lunch kami pada hari ni ialah Nasi Lemak.

Perjalanan diteruskan lagi...

Hujan semakin lebat dan terus lebat..ada yang mengambil kesempatan memasang fly sheet,berteduh dan memasak maggi..heh.
Bagi kami berenam yang sudah terkehadapan dan terpecah jauh dari group terus meneruskan perjalanan biarpun hujan semakin lebat.Aku ingin sampai ke puncak seawal mungkin memandangkan hari pun semakin menghampiri malam dengan cuaca yang semakin sejuk,tangan,kaki dan seluruh badan terasa kebas dan kaku..perut yang lapar memaksa kami berhenti kejap menguyah biskut,tak sampai pun 5 minit kami meneruskan perjalanan memandangkan kesejukkan yang semakin mencucuk..

Banyak panorama yang indah sepanjang trek menuju ke puncak Korbu,seperti berada di taman hijau berlumut pelbagai jenis dan bentuk,seperti hamparan permaidani..haha seakan-akan berada dalam cerita epik ‘Lord of The Rings’, tapi disebabkan kepenatan dan kesejukkan semuanya membataskan,malas dan letih untuk ambik gambar rasanya..so semua tu hanya mampu kami rakamkan kat minda jerlah nampaknya...

7pm,Abang Musa dan Fairuz merupakan 1st group sampai ke puncak Korbu dengan kelajuan berapa km/jam tak pastilah plak aku..heh.
Manakala aku,Shikin yang lebih suka dipanggil namanya Tapa,Pak Lang dan Selva tiba jam 8.30pm.Aku tengok dorang baik punyer landing kat bawah fly,siap berbungkus lagik tu.

Aku dan Tapa yang sedang menggigil kesejukan ni meminta izin ‘ Am’ untuk menggunakan fly sheetnya bagi menukar pakaian.Memandangkan kami tidak tahu siapa yang membawa khemah jadi kami terpaksalah tumpang berteduh sekejap kat situ.Kami minum hot chocolate untuk memanaskan badan..

Group seterusnya sampai jam 9.30pm.Aku tak pasti berapa ramai dan last group tiba jam 10.30pm.Jelas kepenatan terpancar pada wajah masing-masing.Khemah dipasang dan aku tak nampak plak kelibat dorang..tak keluar-keluar pun dah tido agaknya...

Ntah kat mana silapnya... aku,Tapa dan Lina takder tempat nak tido malam ni..nasib baik ada kosong kat fly sebelah,Lina tido sana.
Aku dan Tapa terpaksa tumpang bermalam kat fly guide,nasib baik dorang benarkan..hehe.Terima kasihlah yer buat Am dan Ah peng.
Sedap dinner malam tu ada sup sayur,telur goreng dan ayam goreng.
Pastu kami tengok view bandar Ipoh,ada percikan bunga api kelihatan dari kejauhan..MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!...aku bangga menjadi rakyat Malaysia sebuah negara yang berdaulat dan Merdeka!
Cheh..patriotik sungguh aku ni...hehe..Nampak gayanya hanya kami berempat jerlah celebrated merdeka 2006 malam ni memandangkan orang lain sedang enak dibuai mimpi..

Mata pon makin lama makin kecik dan kecik..heh ngantuk dah ni..
.........it’s time to dream...let’s go...


HARI KE TIGA
31 OGOS 2006



Hari ni bangun agak lewat sket..
Cuci muka,gosok gigi...
Aku cukup suka dengan suasana pagi yang tenang dan nyaman di puncak.
Kalaulah senang dapat air dan makanan kat sini..Bolehler kita dok semalam dua lagik kan..hehe

Sarapan kami pada pagi ni ialah nasi himpit,kuah kacang dan serunding daging.Aku makan sket jer untuk alas perut.

10 orang daripada kami ingin meneruskan pendakian ke puncak Gayong dan setepatnya itulah misi asal pendakian kali ni iaitu menawan ‘korbu dan gayong’.

...dan sesaper yang tak nak ikut serta akan turun ke kem nanti...

11.45am...
Pak lang,abang Musa,Eja,Tapa,Sahak,Fairuz,John,Najib,Wahi dan Sotong diketuai oleh Am memulakan perjalanan..nasib baik cuaca cerah sket hari ni kalau tak alamak berenang-renang lagik ler stokin dalam kasut ni...heh

Kami disajikan dengan panorama alam yang sungguh indah sepanjang-panjang perjalanan ke Gayong.Tapi sayangnya walaupun cuaca agak cerah hari ni namun agak sukar untuk melihat kebiruan langit di sini.Kelihatan deretan-deretan gunung tersergam indah,tersusun gah di atas banjaran Titiwangsa.1.30pm-aku dan tapa sampai di puncak.Macam biasa sesi fotografi beramai-ramai,secara solo,berduet,trio..semua ada..hehe.
2pm-turun dari gayong kembali ke puncak korbu.Kemaskan beg dan sekitar jam 3.40pm kami pun bergerak turun.

Air dah tinggal sikit,perut pulak lapar..nasib baik pak lang ada biskut,am bagi snek..terima kasih yer..hehe.Kami mempercepatkan langkah memandangkan hari pun sudah menghampiri senja.Dalam hati terselit sedikit rasa bimbang dan takut sebab kami masih berada di perut hutan,belum bertemu lagi dengan ‘last water point’ ..sayup-sayup kedengaran air terjun dari kejauhan.Langkah semakin dipercepatkan..deruan air semakin lama semakin jelas kedengaran..
Finally....7pm kedengaran suara dan kelibat pak lang,abang musa,fairuz dan najib.

Abang Musa masak maggi,sib baikler dalam beg kitorang ada maggi dan gas.12 bungkus maggi habis dimakan oleh 8 orang bersama dengan air kopi.Perghh...memang bestler memandangkan cuaca yang sejuk cenggini.
Hujan renyai-renyai ketika kami bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan.
8pm..bergerak keluar dari air terjun,perjalanan ke kem mengambil masa satu setengah jam sajer lagi.Acara menyusup batang balak dan melalui lereng-lereng gunung pun bermula..tempat paling menggerunkan..aku sedikit tergelincir di sini,sib baik p.lang sempat pegang tangan aku..jutaan terima kasih buat p.lang.Suatu penyeksaan bagi aku pabila terpaksa berdepan ngan kesukaran cenggini...

Finally..9.15pm kami sampai ke kem view dan terus ke kem ‘trek balak’. Perkara pertama yang aku buat ialah bukak kasut,chehhh..kecut abiss segala jari-jari kaki aku..
Lega rasanya..cuci muka,gosok gigi,bersihkan badan sket.
Malam ni kami makan bihun sup dan teh panas.Borak-borak jap ngan paklang,abang musa dan abg zack..

..time to sleep...good night everybody..



HARI KEEMPAT
01 SEPTEMBER 2006



Hari ni bangun agak lewat..
Tolong abang kamal masak cucur ikan bilis as a breakfast.
Hari ni aku rasa badan aku panas,macam nak demam,mungkin sebab dah banyak hari kena hujan lagipun dah 2 hari tak mandi.So pagi ni sejuk tak sejuk suka tak suka waktu dorang sebok2 sarapan,berkemas..aku pergi sungai mandi sorang-sorang...menggigil gak beb..fuhhh..baru lega rasanya.
Pack lunch hari ni ialah nasik goreng..

Kira-kira 9.30am kami bergerak meninggalkan kem.Sebagaimana mencabarnya naik begitulah jugak penangannya bila turun..heh.
Seksa btol nak membongkokkan badan ketika melalui pokok-pokok buluh yang jatuh melintang jalan tu..apa taknya dengan beg yang besar kat belakang,

Jam 2.15 kami sampai kat sungai (ladang sawit).4wd datang jam 3pm.
Mandi..makan-makan..syok betul ah mandi sambil makan nasik goreng ni yerr di tengah-tengah panas cenggini,abis berkarat kulit aku..hehe


JAM 7.30PM..
Bergambar kenangan di sini..cantik gak pekan ulu kinta ni..dikelilingi gunung-ganang..permandangan yang indah dan sesejuk mata memandang.

....selamat tinggal Korbu..semoga kita akan berjumpa lagi...

10.30PM
Tiba di KL...bergambar kenangan untuk team Korbu kali ni sebelum mengucapkan salam perpisahan.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Jika ada umur yang panjang
Nanti kita akan berjumpa lagi..


Adiossss...
Dari gue
renhanikouma@yahoo.com
http://renhanikouma.fotopages.com


Sunday, 7-May-2006 02:24 Email | Share | | Bookmark
XPDC Gunung Stong II 28April-1 mei 2006

 
 
 
View all 85 photos...
Yang ni aku ambik dari Uncle Salleh punyer.Hope you enjoy..piss brader!


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net